Langkah 1: Log Masuk ke Cabinet Member

Klik link ini https://cabinet.fxcitizen.com/login.php log masuk ke cabinet member. Masukkan emel dan kata lalaun cabinet seperti yang telah didaftar semasa di bahagian pendaftaran.

Langkah 2: Sila klik “Withdraw Funds”

Langkah 3: Pilih kaedah yang dikehendaki untuk membuat pengeluaran. Trader hanya dapat memilih salah satu kaedah untuk membuat pengeluaran. Kaedah pengeluaran mesti sama dengan kaedah deposit.

Contoh: Trader A membuat deposit melalui “Local Depositor” jadi Trader A tidak dibenar membuat pengeluaran melalui “Credit Card”. Oleh itu, Trader A hanya dapat memilih “Local Depositor” untuk membuat pengeluaran wang.

Langkah 4: Isi Borang Pengeluaran

 

Local Depositor

  1. Pilih nombor akaun dagangan dalam senarai
  2. Masukkan amaun/angka dalam bentuk USD. (20, 50, 100)
    * Jangan masuk perkataan seperti 10USD, 100.00USD, USD100 dll.
  3. Masukkan kata lalaun akaun dagangan (Trading Password) seperti kata laluan log masuk ke MT4 platform.
    * Sila merujuk ke emel yang dihantar oleh broker selepas akaun dagangan telah berjaya didaftar.
  4. Masukkan kata laluan pin. (Pin ini boleh didapati dalam emel seperti dalam kata lalaun akaun dagangan. Jikalau dah lupa boleh membuat reset nombor pin masuk link ini (Reset Nombor Pin)
  5. “Beneficiary Name” anda perlu masukkan NAMA anda seperti NAMA dalam akaun bank dan NAMA akaun bank juga harus sama dengan NAMA dalam akaun dagangan.
    * Anda tidak boleh isi nama isteri, nama anak, nama syarikat. Pengeluaran wang ke akaun pihak ketiga adalah dilarang.
  6. Nombor akaun bank – Sila pastikan nombor akaun bank yang betul. Jika anda memberi nombor yang salah, ini akan mengakibatkan pengeluaran wang disekat atau lambat.
  7. Nama akaun bank – Sila masukkan nama bank yang dikehendaki untuk membuat bayaran. Contoh Maybank, CIMB, RHB, PBB dll
  8. Setelah siap klik “Withdraw” dan menunggu broker proses pengeluaran dalam 24 jam.

*  Tip : Masa terbaik untuk isi boring membuat pengeluaran wang dalam pukul 7.00mlm- 10.00mlm.

* Minima Pengeluaran $20USD

Kaedah Kad Kredit

 

  1. Pilih kaedah “Credit Card”
  2. Pilih nombor akaun dagangan dalam senarai
  3. Masukkan amaun/angka dalam bentuk USD. (20, 50, 100)
    * Jangan masuk perkataan seperti 10USD, 100.00USD, USD100 dll.
  4. Masukkan kata lalaun akaun dagangan (Trading Password) seperti kata laluan log masuk ke MT4 platform.
  5. Setelah selesai isi borang klik “Withdraw” dan menunggu broker proses pengeluaran dalam 24 jam.

* Peringatan – Amaun withdraw mesti sama dengan amaun deposit.

Contoh 1: Trader B membuat deposit 100USD melalui kad kredit. Beliau telah berjaya menambah profit sebanyak 200USD. Jadi Trader B hanya boleh membuat pengeluaran wang 100USD untuk kali pertama. Baki balance boleh mengguna kaedah yang lain untuk membuat pengeluaran seperti bank wire/telegraphic, local depositor dll

Contoh 2: Trader C membuat deposit sebanyak 50USD. Tetapi beliau telah megalami kerugian sebanyak 20USD. Jadi beliau tidak dapat membuat pengeluaran dengan kad kredit sebanyak 10USD atau kurang dari amaun 30USD. Trader C hanya boleh membuat pengeluaran seluruh amaun yang baki iaitu 30USD.

*Pengeluaran melalui kad kredit mengambil masa 5-7 hari kerja.

*Minima Pengeluaran $50USD

tamat